Wednesday, October 7, 2009

Ummu Maisarah & Muhamad Hisyam

(klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Berikut adalah kad undangan perkahwinan salah seorang daripada sahabat kita, Ummu Maisarah bte Kamaludin yang bakal naik pelamin bersama dengan pasangan hatinya Muhamad Hisyam bin Zakaria.

Semua ahli batch (tidak ada yang terkecuali) dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Majlis bagi pihak perempuan akan berlansung pada 17hb Oktober 2009 di Batu Pahat, Johor. Ia bakal diikuti oleh majlis disebelah lelaki pada 24 Oktober 2009 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sama-samalah kita berdoa semoga pasangan ini mendapat limpahan rahmat dan Allah SWT dan berbahagia hingga ke anak-cucu-cicit. Ameen....

" بارك الله لك وبارك عليك وجمع بينكما في خير "

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430

~ gambar hiasan menunjukkan kegiurannya

Laman web Generasi 12 SMAKJ mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas kedatangan Syawal bagi tahun 1430 hijrah. Semoga hari raya aidilfitri pada tahun ini menjadi kenangan yang terindah buat seluruh warga generasi 12.
.
Jom serbu rumah kawan-kawan kita...!!

Sunday, September 6, 2009

Walimah - Adibah


Assalamualaikum.

Rakan-rakan batch 12 sekalian, anda semua dijemput untuk memeriahkan lagi majlis walimah sababat kita Adibah yang akan diadakan pada hari Rabu, 23 September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430 Hijrah.

Oh, jangan salah sangka! Bukan Adibah Ali rakan kita tu... (huhu), beliau adalah saudari Nooradibah Bte Hj Hanafi (batch 10) yang dulu-dulu masa dekat sekolah kita panggil beliau dengan Kak Adib. Mungkin beliau lebih dikenali di kalangan rakan-rakan perempuan.

Beliau dengan sukacitanya telah menjemput kita semua (seluruh ahli batch 12) untuk memeriahkan lagi majlis hari bahagianya di Simpang 3 Bagan, Batu Pahat, Johor, dan sebelah lelaki di Triang, Pahang.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas. Gambar itu boleh juga di'save', dicetak, kemudian anda gunting baik-baik sebelum melipatnya, sekiranya anda khuatir takut-takut datang tanpa diundang..!

Juga kepada sahabat kita Adibah Ali, bersempena dengan ulang tahun beliau semalam, kita sama-sama doakan moga beliau juga bakal naik pelamin tak lama lagi, insyaAllah... (diba, aku gurau2 jek... huhu)

p/s: Siapa-siapa ada salinan kad jemputan walimah Ummu, boleh attach pada moderator dengan segera, sekian.

Saturday, April 11, 2009

Group baru di Facebook.com

Dijemput kepada semua sahabat2 sekalian yang mempunyai akaun Facebook.com untuk sama-sama memeriahkan group yang baru dibuat khas untuk pelajar-pelajar generasi ke-12 SMAKJ..

Anda hanya perlu search di ruangan group:

Gen 12 SMAKJ

Permohonan akan ditapis oleh moderator terlebih dahulu untuk memastikan tiada ahli-ahli yang bukan dari generasi ke-12 yang 'tersesat' masuk ke dalam group..

Yang mana belum ada akaun tu, create la cepat2 ye (^_^)

Wassalam

Friday, April 3, 2009

3 berita dalam 1

Assalamualaikum..

Pertamanya, diucapkan tahniah kepada ummu maisarah yg baru shj mendirikan rumah tangga.. segala details tidak mampu diberikan memandangkan moderator tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai hal ini =( Maka diharapkan selepas ini kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai apa-apa berita terkini berkenaan aktiviti2 penting ahli gen12, bole emailkan kepada effysaiful@yahoo.com

Keduanya, selamat menyambut ulangtahun ke-23 kepada saudara kita Ishaq Hanis Ismail pada hari ini 3 April 2009.. sama2 doakan beliau supaya panjang umur dalam iman, murah rezeki yg halal dan cepat2 menamatkan zaman bujang beliau..hehe

Ketiga, sama2 kita doakan agar pembantu makmal kita di SMAKJ, Hazgiyamti bt Arshad (Kak Yan) yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 1.00am hari Jumaat 3 April 2009, agar ditempatkan rohnya bersama2 roh org yg soleh.. punca kematian beliau masih belum diketahui..

Sekian sahaja update utk kali ini.. Wassalam