Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430

~ gambar hiasan menunjukkan kegiurannya

Laman web Generasi 12 SMAKJ mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas kedatangan Syawal bagi tahun 1430 hijrah. Semoga hari raya aidilfitri pada tahun ini menjadi kenangan yang terindah buat seluruh warga generasi 12.
.
Jom serbu rumah kawan-kawan kita...!!

Sunday, September 6, 2009

Walimah - Adibah


Assalamualaikum.

Rakan-rakan batch 12 sekalian, anda semua dijemput untuk memeriahkan lagi majlis walimah sababat kita Adibah yang akan diadakan pada hari Rabu, 23 September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430 Hijrah.

Oh, jangan salah sangka! Bukan Adibah Ali rakan kita tu... (huhu), beliau adalah saudari Nooradibah Bte Hj Hanafi (batch 10) yang dulu-dulu masa dekat sekolah kita panggil beliau dengan Kak Adib. Mungkin beliau lebih dikenali di kalangan rakan-rakan perempuan.

Beliau dengan sukacitanya telah menjemput kita semua (seluruh ahli batch 12) untuk memeriahkan lagi majlis hari bahagianya di Simpang 3 Bagan, Batu Pahat, Johor, dan sebelah lelaki di Triang, Pahang.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas. Gambar itu boleh juga di'save', dicetak, kemudian anda gunting baik-baik sebelum melipatnya, sekiranya anda khuatir takut-takut datang tanpa diundang..!

Juga kepada sahabat kita Adibah Ali, bersempena dengan ulang tahun beliau semalam, kita sama-sama doakan moga beliau juga bakal naik pelamin tak lama lagi, insyaAllah... (diba, aku gurau2 jek... huhu)

p/s: Siapa-siapa ada salinan kad jemputan walimah Ummu, boleh attach pada moderator dengan segera, sekian.